My Hero Luth Harraz

Lilypie First Birthday tickers

MY LITTLE PRINCESS Iman Dhia Qhaisara

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Ya Allah...Hanya PadaMu kuMohon Perlindungan

Lilypie Pregnancy tickers

KESAYANGAN MAMA N PAPA


Friday, August 7, 2009

H1N1 Suatu Bala Dari Allah?

H1N1 yang dulunya dikenali dengan nama Selsema Babi terus menggegar bumi Malaysia apabila kesnya telah mencecah yang ke-80,iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan di Malaysia.Kes terbaru pelajar dari Johor yang pulang dari Melbourne disahkan positif.Mangsa menaiki penerbangan Singapura SQ0238 yang mendarat di Changi dua hari lepas.MANUSIA BERTOPENG DI MANA-MANASemalam aku menaiki LRT ke stesen Titiwangsa bersama-sama dengan ibu dan adikku untuk kami pulang ke kolejku (KTSN,UKM),kelihatan beberapa orang yang memakai topeng muka,sungguh mencuakkanku...Bila ade sorang daripada penumpang batuk-batuk,semua mata menuju memandang ke arahnya..Sungguh menakutkan.Ingin kukongsikan disini bukan berniat menjatuhkan maruah atau mengaibkan sesiapapun,sewaktu di dalam LRT semalam,kelihatan didepan ku sepasang kekasih sedang duduk rapat.Sesekali mataku mencuri-curi melihat mereka.Astagfirullah..sungguh terkejut dengan apa yang kulihat,hatiku berbaur,perasaanku marah dengan perbuatan pasangan kekasih tersebut yang dengan beraninya membuat aksi terlampau di khalayak ramai.Terdetik dalam hatiku "Ini Malaysia ke Hollywood neh?" Haih~Bagi aku yang paling penting bagi kita semua sekarang ni ialah menjaga kesihatan dan kebersihan diri sebaiknya, supaya kita tidak dijangkiti oleh virus H1N1. Selain itu, kita kena elakkan dari berkunjung atau melawat negara-negara terjejas dengan wabak itu seperti Singapura, United Kingdom, Thailand, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat, disamping mematuhi setiap arahan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Jangan lupa sebagai seorang islam gunakan senjata kita sebagai melawan virus ini iaitu doa, Selain daripada langkah berjaga-jaga. Carilah waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa moga Allah selamatkan kita daripada bala ini.
“ Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat” (Surah ar-Rum : ayat 41.)
BALA??Imam Tarmidzi ada meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “ Tidak henti-hentinya bala (bencana) yang menimpa seorang mukmin laki-laki mahupun perempuan, baik mengenai dirinya atau sanak keluarganya, atau harta kekayaannya hingga ia menghadap Allah sesudah bersih dari dosanya”.Apa yang berlaku sekarang adalah salah satu tanda bala Allah. Sebagaimana apa yang berlaku dizaman bani Israel semasa pemerintahan Nabi Musa dimana Allah menurunkan bala berbentuk belalana, katak dan darah. Bala yang diturunkan akibat dari maksiat yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.Lihatlah hari ini betapa banyaknya maksiat yang berlaku di negara kita.Betapa ramai orang yang kufur(ingkar) dengan perintah ALLAH."Wahai orang-orang yang beriman dengan Allah dan RasulNYA,dan kitab yang mana Dia telah mengirim kepada Rasul dan Kitab sebagaimana Dia telah kirim kepada orang yang terdahulu.Sesiapa yang mengingkari(megufurkan) Allah,Malaikatnya,KItab-kitab,Rasul-rasulNYA,dan hari Pengadilan,sesungguhnya mereka sesat,kesesatan yang jauh."(Surah An-Nisa';136)
Kaitan Influanza A dan azab Allah
Dalam ayat 58 surah al-Israk, Allah menegaskan bahawa bala itu diturunkan bagi penduduk yang mengingkari Allah. Bolehkah kita kaitkan dengan kemunculan pelbagai penyakit termasuk H1N1 ini dengan peringatan tersebut?Pada dasarnya, penyebab datangnya azab Allah SWT adalah kezaliman, kemaksiatan dan kefasikan.
Allah SWT telah menyatakan hal ini di beberapa ayat. Antaranya adalah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.(al-Qashash: 59).
Maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik.(al-Ahqaf: 35).
Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrim).(ad-Dukhan: 37).
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa azab Allah hanya akan dijatuhkan kepada penduduk negeri yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Dengan kata lain, azab Allah hanya akan dijatuhkan, tatkala peringatan-peringatan Allah SWT melalui dakwah Rasul-Nya telah diabaikan dan didustakan.
Jika melihat kepada ayat-ayat di atas kita tidak boleh menolak kemungkinan munculnya influenza A ini adalah akibat keingkaran manusia kepada Allah.
Ayuh,kita kembali kepada Islam,kembali kepada paksi kebenaran,jangan kita tergolong dalam golongan orang mengingkari ALLAH dan segala perintahnya.Cukup besar dan berat amanah ini..

0 comments:


ilawati Love syah......qhaisara

TAWARAN HARGA HEBAT...MINYAK WANGI AURALIFE

MESTI CUBA....
SEMUA PILIHAN WANGIAN RM 30.00
TERMASUK 4 WANGIAN TERBARU DAN
PILIHAN WANGIAN CELEBRITI DIJUAL DENGAN
HARGA RM 30.00 SAHAJA....
CEPAT BERJUMPA DENGAN ILA....Hey..hey...hey...
BLEH DAPAT HARGA DISKAUN!!!

4 Pilihan Wangian TERBARU...
SET TERKINI

AURA MINDA PINTAR

WANGIAN AURA GENIUS RM30.00

1) No.31 Spiritual (PUTIH)

2) No.32 Emosional (MERAH)

3) No.33 Mental (HIJAU)

4) No.34 Fizikal (BIRU)

PIL AURA MINDA PINTAR RM60.00 (40 BIJI)

MANDIAN AURA.............

ASSALAMUALAIKUM

KEPADA PENGGUNA2 KAMI ....

KEPADA BAKAL2 PENGANTIN...

SELALUNYA...BAKAL2 PENGANTIN AKAN:-

1- MANDI BUNGA
2- MANDI AURA
3- MANDI SUSU


SEKARANG ANDA TAK PERLU BELI LAGI MANDIAN AURA YG BERATUS2 .....RINGGIT
CUKUP HANYA RM30 SEBOTOL............

TAHAN BERBULAN2
5ML SAHAJA
TAPI
BERBALOI.............

CARA-CARANYA...

MANDI SEPERTI BIASA,

TITISKAN 3 TITIK DIDALAM AIR MANDIAN ANDA...
BISMILLAH,
SELAWAT KE ATAS NABI, NIAT
DAN JIRUSKAN KE BADAN ANDA...

INSYA ALLAH..
ANDA AKAN KELIHATAN TENANG DAN BERSERI2...

KEPADA YG BUKAN ISLAM JUGA BOLEH BUAT MANDIAN AURA INI..JANGAN BIMBANG YER...................

UNTUK PELAJAR ATAU ANAK2..PUN BOLEH JUGA....................

HUBUNGI SAYA JIKA ANDA ADA PERSOALAN DAN TEMPAHAN
012-4675444 @ 012-4633857
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Photo Albums at WiddlyTinks.com

KASIHKU

KaSiHKU

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com