My Hero Luth Harraz

Lilypie First Birthday tickers

MY LITTLE PRINCESS Iman Dhia Qhaisara

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Ya Allah...Hanya PadaMu kuMohon Perlindungan

Lilypie Pregnancy tickers

KESAYANGAN MAMA N PAPA


Showing posts with label AURA..AURA.... Show all posts
Showing posts with label AURA..AURA.... Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Riang Ria Hari Raya 2011

Meh nak crita...nak baca dak???
~ Aidilfitri 2011... tahun nie... turn beraya di Umah Mak di Teluk Intan...mcm biasalah..coz sebab tahun lepas first day raya kat Kedah...wakakaka... Best..best....best..... wlaupun penat...sebelum raya...dah balik kedah dulu...anto kuih n persiapan raya yg kubeli buat ayah, mak n adik2...(sabtu)...seblm tu..jumaat tu kami ke HUKM utk melawat ATUK...terus balik dari sana, sabtu balik kedah...balik dri kedah, ahad tu...terus smula ke HUKM buat kali ke-dua...atuk dah Tenat...... Memang menyedihkan...sampai waktu yg dijanjikan..jan 9.40 mlm...atuk menghembuskan nafas terakhir...Semoga Allah Mencucuri Rahmat kepada Arwah...(dikebumikan mlm itu juga) kami bertolak pulang.....sampai dirumah @ taman Aman...(isnin) sehari sebelum raya ..petangnya dlm jam 2 ..kami bertolak ke umah mak @ selabak.....persiapan raya....Yeay...esok raya........................isi kuih....makan....isi kuih...,makan...... ~ Pagi2 raya...(selasa 30/8/2011) sesi bersalaman...bergambar....bervideoan bermula.....semuanya terisi...baraan...... raya kedua..(rabu 1/9/2011) masak memasak menu soto....jam 2 lbh baru bertolak balik ke kedah.....sampai mlm...ermm...sronoknya dpt jumpa mak..ayah......esoknya..(khamis 2/9/11) potong Kambing sekoorrr....wakakaka...buat kambing golek....ptg ckit g umah Fadh...lamanya x jumpa.....syukur dpt bertemu kembali.@ taman selasih Kulim..... pastu balik umah...terus berBBQ kambing + ayam + mcm2 lagi kat umah...ketua chefnya ialah Maklang aku la......adikku Fakrul n dja pun sampai.... Jumaat3/9/11 malam aku bertolak balik ke TI...sabtu adikku Baiti bertunang...kul 4.30 pagi sampai umah mak.... sabtu 4/9/11 ( majlis tunang + jamuan raya) ....ahad g Terengganu..isnin 5/9/2011 chik lapor diri @ Akademi Bomba Wakaf Tapai, T'ganu....Selasa (6/9/2011) jalan2 losong+pasar payang then balik 9 jam 30 minit perjalanan...10.30 sampai teluk intan.........Ya rabbi...punya lah jauh....7/9/2011 kembali bertugas...8/9/11 mak n ayah balik kedah..... panjang sungguh ceritanya...adeh....

















Monday, November 29, 2010

Detik Terindah....








jap ada masa t nak edit...hu..hu...ni bru upload gambo

Sunday, May 30, 2010

Perjumpaan di Crystal Butique n Cafe

Khuz dan Niza...
Aksi Demo yang dirasai sendiri oleh Khuz...
En. Khairul sedang menerangkan Marketing Plan ...AGEN 001 syarikat Auralife

TQ pada Khuz..Niza n kak Zue...coz sudi temankan ila...ni Anjuran Sub Stokis yg baru...
Dalam gambar kat atas ni...En. Khusaini, En. Zakaria dan En. Fadhil...
TQ atas segala tunjuk ajar dan Info yang dikongsi...

Sunday, May 2, 2010

PERJUMPAAN STOKIS & SUB STOKIS AURALIFE "1 Aura 1 Malaysia"

Tarikh: 01 Mei 2010
Masa : 2.00 ptg hingga 11.00 malam
Tempat : Grand Cond

Wednesday, April 14, 2010

Perjumpaan dengan AGEN 001 (04.04.2010)


04 April 2010 (ahad)
Masa ni kat Kg. Gajah...stop jap kat Pjbt POS...Wat POs Laju kat Anis...Barang ape lagi...Barang Baiiiikkkkk Punyeeeeeerrrrr
Ha pastu terus g ambik Intan kat TRong...
Pahtu terus ke Taiping...En. Khairul B. Idris dan Kak Lina..
Thanks coz sudi datang...Ramai datang..penuh satu dewan kat Pusat Tuisyen JanaMinda kak Afie...Start kul 10.00 pagi...Tamatnya kul 3 lebih..
Gambar2 yang lain...de lam FB ku...t la upload...

Annual Dinner Syarikat AURALIFE 04.04.2010

Ha...04.04.2010 kami ke Penang...ha..siap sesat-sesat lagi ngan Hubby...majlis start kul 3.00 ptg...kul 3.30 still cari2 jalan g..he..he...Dapat bantuan calling2 dari akhmal...sib baik...kat ngan Bukit Jambul..dulu slalu mai sini...tapi dah berapa tahun...dah lupa jalan nak pegi...
Tapi sampai pun, majlis x start lagi. Ramai masih mengambil door gift ngan daftar...Ramai...
Jumpa ngan Kak Sheda n Abg Burhan sefamily...dok meja depan...sebelah meja VVIP...aduyaiii...
Penin...Soundnyer punya la kuat...nak pecah rasanya gegendang tlingaku...
Kul 7 camtu..kami Chau,...majlis bersambung malam nnt...dinner...maleh nak tggu...Sara pun dah Emosi x stabill...he..he...Balik singgah solat kat Masjid Penang...Pahtu makan...pastu terus balik umah mak...Memang balik kg...ri sabtu pagi tu... Hubby ambik Cuti 2 Ari...isnin n selasa...ptg slasa kami balik teluk intan...Rabu tu...rupanya Hubby cuti lagi...xpe la...lepak2 kat umah jerrr

Thursday, January 28, 2010

Puteriku Pulih Kembali


Masa ni..baru pas mandi hari ahad ujung minggu yang indah....saje dok lepak2 kat umah je...ingat nak kua g shopping barang-barang dapur rumah...
tapi nantilah...ptg ckit...
coz tunggu ade org nak datang ambik barang...
Kak Nor...
Ha..kat sini nak story ckit kat semua...Kali ni, sara demam ila try bagi Pil Minda..hari Jumaat sebiji n Sabtu sebiji...n pakaikan sSara dengan minyak wangi genius warna biru no.34..
Alhamdulillah...syukur..
Gara-gara Sara taknak makan ubat...abih disemburnya ubat tu...
Hari Ahad...Sara dah betul-betul sihat...Siap bawa g TF...shopping barang dapur...siap g melawat Akif yang demam jugak....


Sayang mama masih berstokin...coz sejuk pulak nanti kakinya...
Biar betul-betul dah baik n sihat ye...



Kalau dah boleh senyum macam tu, kira dah sihat la tu..hik...hik
Sayang anak mama yang sorang nih...
emmmmmuuuahhh!!!

Monday, December 28, 2009

PROGRAM @ POLITEKNIK ENGKU OMAR, IPOH

SET WANGIAN UNTUK TESTER DAN SET UNTUK MANDIAN AURA

PN. SHEDA YANG KU BANGGAKAN YANG BANYAK MEMBANTU DALAM PERNIAGAAN INI DARI MULA2 KU JOIN AURALIFE...


DATUK JAMIL, PRESIDEN MAPIM PERAK JUGA TERUJA MENDENGAR PENERANGAN PRODUK...BELI BAWA BALIK TU...
DIJALANKAN PADA 26 DISEMBER 2009
25 DISEMBER 2009 MALAM DI HOTEL SERI MALAYSIA...
KAMI SEKELUARGA BAWA YATI. ROOM NO.329 KEMUDIAN 26 HB TGHARI PINDAH KE 299...BESAR BILIKNYA..TAPI X LA MEWAH SGT..OK ARRR

Friday, October 23, 2009

Semua Wangian..PROMOSI..RM20 shj...

4 Pilihan Wangian Terbaru

Pilihan Produk Terbaru

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat ahli dan pengguna minyak wangi auralife. Syarikat telah melancarkan 4 produk terbaru minyak wangian buat semua pengguna auralife seperti mengikut kebanyakkan permintaan daripada orang ramai. Tempahan boleh dibuat pada hari ini Khamis (08hb Oktober 2009). Mudah-mudahan dengan 4 produk terbaru ini dapat melariskan lagi penjualan minyak wangian auralife.

1)Carolina Herrera – 212 sexy man (012-A) - For Men ( DESIRE + PELARIS )
2)Locoest – Touch Of Sun (002-A) - For Women ( SERI + RELAX )
3)Apple Green – Auralife Collection (001-A) For Women ( RELAX + SERI + GENIUS)
4)Stella – J Lo (005-A) For Women ( DESIRE + PELARIS )

Buat tempahan segera....ila bagi harga offer....
Rebut peluang nih...
wangian baru nih..memang wangi gileeeerrrrrr

Thursday, September 10, 2009

DEMO AURALIFE 2

DEMO AURALIFE 1

Demo yang menunjukkan keberkesanan Minyak Wangi yang lain dari yang lain...

Monday, July 20, 2009

Maksud AURA dan Warna-Warnanya

Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.
Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.
Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.
Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.
Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.
Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang
Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.
Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.
Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.
Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura
Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.
Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.
Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-
Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.
Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.
Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.
Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.
Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.
Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.
Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.
Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.
Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.

Cara Melihat Aura

Untuk melihat Aura sebenarnya tidaklah begitu sukar. Berikut ini bagaimana caranya anda mampu melihat warna aura tersebut.
Pastikan rakan anda berdiri dengan jarak lebih kurang 50 cm di hadapan satu dinding atau latarbelakang yang berwarna putih. Mintalah rakan anda bertenang dan bernafas dalam - dalam. Supaya dapat melihat aura dengan baik , sekurang-kurang nya anda hendaklah berada dalam jarak 3 meter dan cahaya tidak boleh terlalu terang .Cahaya alam merupakan cahaya yang paling baik. Cara terbaik melihat aura melihat di sekitar kawasan kepala dan bahu.
Setiap orang akan mampu melihat aura dan warnanya.Cuma waktu anda menguasai mungkin berbeza-beza. Namun sekarang terdapat alternatif lain untuk melihat aura. Iaitu dengan menggunakan Kirlian Photography. Teknik foto aura ini dicipta oleh dua orang Russia iaitu Semjon dan Welentina Kirlian.

WARNA AURA DAN PERSONALITI

Sumber: http://linncomel.com/index.php/category/aura/


Serba sedikit mengenai warna-warna aura, Saya tidak memberikan secara detail, cuma sekadar pemahaman saya, semasa saya mempelajari terapi melalui aura reiki.Namun begitu Aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata.
1. Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.

2. Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.

3. Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

4. Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

5. Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .

6. Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

7. Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

8.Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

9. Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

10. Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.

11. Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.

12. Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .


ilawati Love syah......qhaisara

TAWARAN HARGA HEBAT...MINYAK WANGI AURALIFE

MESTI CUBA....
SEMUA PILIHAN WANGIAN RM 30.00
TERMASUK 4 WANGIAN TERBARU DAN
PILIHAN WANGIAN CELEBRITI DIJUAL DENGAN
HARGA RM 30.00 SAHAJA....
CEPAT BERJUMPA DENGAN ILA....Hey..hey...hey...
BLEH DAPAT HARGA DISKAUN!!!

4 Pilihan Wangian TERBARU...
SET TERKINI

AURA MINDA PINTAR

WANGIAN AURA GENIUS RM30.00

1) No.31 Spiritual (PUTIH)

2) No.32 Emosional (MERAH)

3) No.33 Mental (HIJAU)

4) No.34 Fizikal (BIRU)

PIL AURA MINDA PINTAR RM60.00 (40 BIJI)

MANDIAN AURA.............

ASSALAMUALAIKUM

KEPADA PENGGUNA2 KAMI ....

KEPADA BAKAL2 PENGANTIN...

SELALUNYA...BAKAL2 PENGANTIN AKAN:-

1- MANDI BUNGA
2- MANDI AURA
3- MANDI SUSU


SEKARANG ANDA TAK PERLU BELI LAGI MANDIAN AURA YG BERATUS2 .....RINGGIT
CUKUP HANYA RM30 SEBOTOL............

TAHAN BERBULAN2
5ML SAHAJA
TAPI
BERBALOI.............

CARA-CARANYA...

MANDI SEPERTI BIASA,

TITISKAN 3 TITIK DIDALAM AIR MANDIAN ANDA...
BISMILLAH,
SELAWAT KE ATAS NABI, NIAT
DAN JIRUSKAN KE BADAN ANDA...

INSYA ALLAH..
ANDA AKAN KELIHATAN TENANG DAN BERSERI2...

KEPADA YG BUKAN ISLAM JUGA BOLEH BUAT MANDIAN AURA INI..JANGAN BIMBANG YER...................

UNTUK PELAJAR ATAU ANAK2..PUN BOLEH JUGA....................

HUBUNGI SAYA JIKA ANDA ADA PERSOALAN DAN TEMPAHAN
012-4675444 @ 012-4633857
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Photo Albums at WiddlyTinks.com

KASIHKU

KaSiHKU

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com