My Hero Luth Harraz

Lilypie First Birthday tickers

MY LITTLE PRINCESS Iman Dhia Qhaisara

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Ya Allah...Hanya PadaMu kuMohon Perlindungan

Lilypie Pregnancy tickers

KESAYANGAN MAMA N PAPA


Sunday, November 3, 2013

Ukuran Kertas dalam Unit cm dan inci

penangan buat  majalah....cari info kat en.google.........

Ukuran Kertas Letter : 21,6 cm x 27,9 cm (8.5 inci × 11 inci)
Ukuran Kertas Junior Legar : 20,3 cm x 12,7 cm (8.0 inci × 5.0 inci)
Ukuran Kertas Legal : 21,6 cm x 35,6 cm (8.5 inci × 14 inci)
Ukuran Kertas Ledger : 43,2 cm x 27,9 cm (17 inci × 11 inci)
Ukuran Kertas Tabloid : 27,9 cm x 43,2 cm (11 inci × 17 inci)
Ukuran Kertas F4 : 21,5 cm x 33,0 cm (8.5 inch × 13 inch)

Ukuran Kertas A0 (Ansi E) : 84,1 cm x 118,9 cm (33.11 inci × 46.81 inci)
Ukuran Kertas A1 (Ansi D) : 59,4 cm x 84,1 cm (23.39 inci × 33.11 inci)
Ukuran Kertas A2 (Ansi C) : 42,0 cm x 59,4 cm (16.54 inci × 23.39 inci)
Ukuran Kertas A3 (Ansi B) : 29,7 cm x 42,0 cm (11.69 inci × 16.54 inci)
Ukuran Kertas A4 (Ansi A) : 21,0 cm x 29,7 cm (8.27 inci × 11.69 inci)
Ukuran Kertas A4s : 21,5 cm x 29,7 cm (8.46 inci × 11.69 inci)
Ukuran Kertas A5 : 14,8 cm x 21,0 cm (5.83 inci × 8.27 inci)
Ukuran Kertas A6 : 10,5 cm x 14,8 cm (4.13 inci × 5.83 inci)
Ukuran Kertas A7 : 7,4 cm x 10,5 cm (2.91 inci × 4.13 inci)
Ukuran Kertas A8 : 5,2 cm x 7,4 cm (2.05 inci × 2.91 inci)
Ukuran Kertas A9 : 3,7 cm x 5,2 cm (1.46 inci × 2.05 inci)
Ukuran Kertas A10 : 2,6 cm x 3,7 cm (1.02 inci × 1.46 inci)

Ukuran Kertas C0 : 91,7 cm x 129,7 cm
Ukuran Kertas C1 : 64,8 cm x 91,7 cm
Ukuran Kertas C2 : 45,8 cm x 64,8 cm
Ukuran Kertas C3 : 32,4 cm x 45,8 cm
Ukuran Kertas C4 : 22,9 cm x 32,4 cm
Ukuran Kertas C5 : 16,2 cm x 22,9 cm
Ukuran Kertas C6 : 11,4 cm x 16,2 cm
Ukuran Kertas C7 : 8,1 cm x 11,4 cm
Ukuran Kertas C8 : 5,7 cm x 8,1 cm

Ukuran Kertas B0 : 100,0 cm x 141,4 cm (39.37 inci × 55.67 inci)
Ukuran Kertas B1 : 70,7 cm x 100,0 cm (27.83 inci × 39.37 inci)
Ukuran Kertas B2 : 50,0 cm x 70,7 cm (19.69 inci × 27.83 inci)
Ukuran Kertas B3 : 35,3 cm x 50,0 cm (13.90 inci × 19.69 inci)
Ukuran Kertas B4 : 25,0 cm x 35,3 cm (9.84 inci × 13.90 inci)
Ukuran Kertas B5 : 17,6 cm x 25,0 cm (6.93 inci × 9.84 inci)
Ukuran Kertas B6 : 12,5 cm x 17,6 cm (4.92 inci × 6.93 inci)
Ukuran Kertas B7 : 8,8 cm x 12,5 cm (3.46 inci × 4.92 inci)
Ukuran Kertas B8 : 6,2 cm x 8,8 cm (2.44 inci × 3.46 inci)
Ukuran Kertas B9 : 4,4 cm x 6,2 cm (1.73 inci × 2.44 inci)
Ukuran Kertas B10 : 3,1 cm x 4,4 cm (1.22 inci × 1.73 inci)


ukuran rambut harraz ........... botaksss

Thursday, October 31, 2013

KAWAN-KAWAN DATANG BERAYA

 SANTAPAN YANG SEMPAT DISEDIAKAN UNTUK KAWAN-KAWAN
1. Spagetti Mabless
2. Nasi Impit
3. Upor Ayam... (makan ngan nasi impit lorrr)
4. Biskut raya
5. Ayor Oren/Strawberry

Harraz ngan Cik Da....abang Farid
bersama Cik ayu n baby... Cik Syai n Qina.....
 kawan...kawan


 Mama n Muhammad Luth Harraz

 Cik Ani...ada kat bawah..... pose la sangat
Sedapnya lena kalau dok atas riba je.....

Thanks coz sudi datang rumah Ila

Sunday, July 21, 2013

Kisah Kasih dan Cinta : MUHAMMAD LUTH HARRAZ BIN AHMAD SYAHRIR

 MUHAMMAD LUTH( HARRAZ BIN AHMAD SYAHRIR
12 JUNE 2013 (RABU)
03 SYAABAN 1413H
12.15 TENGAHARI
HOSPITAL TELUK INTAN

SYUKUR.... Alhamdulillah dengan kelahiran ini. Dengan Kurniaan Allah yang tidak ternilai ini. Doa termakbul dengan kurniaan Allah ini...Baby Boy. Pengganti Anak-anak lelaki ku yang telah tiada.

1. Iman Asqalani (3.0 kg)
2. Iman Darwisy (1.7 kg)

Anak sulongku. kembar. Twin Seiras. 01 June 2006.
Lahir secara ceazer di Hospital Besar Ipoh. Mungkin Allah telah takdirkan yang terbaik utk kami. Syukur aku tabah menghadapi kehilangan ini, begitu juga suami.

Anak kedua lahir secara normal pada 07 Disember 2007 jam 6.40 pagi di Hospital Teluk Intan.
Puteri diberi nama

3. Iman Dhia Qhaisara (3.1 kg)

Kini 12 June 2013 lahir anak keempat ku iaitu kali ketiga bersalin.

4. Muhammad Luth Harraz.

Syukur dengan rahmat kurniaan Allah ini.


kini mempunyai 4 orang anak. 
yang ada cuma 2 orang sahaja. 

Iman Dhia Qhaisara
Muhammad Luth Harraz

KELAHIRAN, PENGORBANAN DAN KESYUKURAN

PENGORBANAN

*** 33 minggu
Admit Wad : Pertama.
28 Mei hingga 31 Mei 2013 (4 Hari) (rabu-jumaat)

Keluar dan masuk wad di Hospital Teluk Intan bermula. Temujanji seperti biasa di Klinik 6 O&G Hospital. Setelah di scan Doc menjelaskan bahawa terdapat sedikit masalah dikenalpasti. 2 kali scan. Perut besar dan contraction kerap. Masa balik kg ritu...dalam kereta contraction 10 minit sekali dan 12 minit sekali.
1. Lebih Air Ketuban (Hypo)
2. Tali Pusat Baby berada di bawah iaitu di pintu masuk rahim. Bahaya sekiranya contraction kerap akan membuatkan pintu rahim terbuka. Tali pusat akan keluar dulu sebelum baby. ini merbahaya. dan perlukan pembedahan segera.

Ila telah diminta admit wad 3G. Berehat dan sentiasa dipantau.
Sebelum masuk ke wad. ila n suami ke Klinik Pakar Rajinder dahulu utk buat GA scan. Syukur alhamdulillah...tiada  apa masalah yang dikesan. Syukur. Masuk juga wad utk berehat. masa ni cuti sekolah 2 minggu. bercuti di wad la jawabnya. Pakej Istimewa percutian...hehehe....
Pada 21 mei 2013. ila beria-ia mohon kepada doc utk balik berehat di rumah. syukur suami memahami. risiko ditanggung sendiri. sekiranya sakit kerap. perlu ke hospital dengan segera.
Dapat balik dan berehat. 9 hari di rumah. Contraction masih ada. Cuma kurang sedikit berbanding sebelum ini.

Admit Wad : Kedua
9 jun hingga 15 jun 2013

Checkup klinik. refer terus ke hopsital. Labour Room. 9 jun nmasuk wad...rehat dan rehat.... 12 jun pagi bersamaan 3 syaaban doc tengok ctg..jantung baby x bagus katanya. sedangkan ila rasa x de masalah. pergerakan aktif mcm biasa. terus call abg..abg terus dtg & terus setuju utk operation. Berserah. Mungkin ini telah ditentukan. Jam 11.30 ditolak ke Operation Room.
Mata Memandang Jam . Bius separuh badan. Kui 12 tengahari start operate...kui 12.15 baby lahir. 2 kali doc tunjuk. Alhamdulillah. Baby berat 2.69kg. walaupun 34 minggu 6 hari. berat baby sangat bagus. baby perlu diberi sedikit bantuan oksigen sahaja. Terus ke NICU.
Stukur segalanya selesai. jam 1.30 ditolak keluar dari bilik bedah. rehat setengah jam dan ditolak masuk ke wad GD. Sampai je di wad. Sayang ada.. mak, kak dayat ngan  kak zue dah ada. syukur walaupun rasa sakit sangat. tak lama lepas tu. mak ngan ayah pun sampai. Risau sangat bila fikir mcm mana bila mula2 nak bergerak nnt. tentu sakit. sib baik mak ada. kui11 mlm tu start turun . belajar turun. faon abg soh bawa mak ke wad. nak cuba bangun. Sakitnya...hanya Allah yang tahu.



12 Jun -15 Jun admit di wad GD lepas bersalin.
15 tu dah boleh balik. Baby still di NICU. dah tak pakai bantuan oksigen. sehari je lepas bersalin. hari ke3. baby dapat kuning..jaundice plak. Doktor sahkan...Baby juga ada mengidap G6PD. Alahan kepada kekacang, kacang sepat, ubat gegat, ubat nyamuk.

15 Jun - 18 jun 2013 (wad 3D)
Baby ditranfer ke wad 3D (Wad utk Baby Kuning) sabtu hingga selasa. duduk ngan anak. kuning agak inggi bila stabil dah cukup 5 hari berada di hospital utk di observe. belh balik.

20 Jun 2013 khamis (wad 3D kali ke-2)
K
e klinik check kuning (hari 1:  13.1) (hari ke 2: 13.0) (hari ke-3: 16.7) terus kena masuk wad semula. esoknya balik. 21 jun 2013.

26.Jun .2013 rabu (wad 3D kali ke-3)
Hari ke 14. ke klinik lagi Bacaan 17.8
terus kena refer wad 3D lagi
esoknya..doc plan ambik air kencing n darah. baby kena Prolong Jaundice.
kena follow up Klinik 3 next week.  

Sunday, March 24, 2013

AKU CINTA DIA..SAYANG DHIA

TRY HANDFOND S 111 MINI...YANG SAYANG BELIKAN....
DEPAN UMAH...KAT BUAIAN...
SARA YANG JADI JURU FOTONYA
 
MASA NI NGANDUNG NAK MASUK 6 BULAN...
20 MAC 2013
 IMAN DHIA QHAISARA
KAKAK
SAMA ....DUPLICATE....

LOVE MY HUBBY N MY PRINCESS

Perkembangan Janin Dalam Kandungan TRIMESTER KEDUA

USIA KANDUNGANKU KHAMIS INI MASUK MINGGU KE-24.... 6 BULAN
SYUKUR DENGAN KURNIAANMU...

AGAK LETIH PREGGY KALI NI.....DAN X START MASAK2 LAGI PUN.....
TAK TAHULAH BILAKAH MASA ITU AKAN DATANG...

JOM TENGOK INFO BERKAITAN PERKEMBANGAN BABY DI TRIMESTER KEDUA INI...

TRIMESTER KEDUA (MINNGU KE 14- MINGGU KE 27)
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN PADA TRIMESTER KEDUA




PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEEMPAT BELAS (14)
-Perkembangan janin pada masa ini ialah janin mula belajar menghembus dan menarik nafas.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELIMA BELAS (15)
-Kulit janin kelihatan lutsinar. Jadi, apa sahaja yang melalui salur darahnya dapat dilihat dengan jelas biarpun kulitnya itu dilindungi rambut halus.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KENAM BELAS (16)
-Perkembangan janin dalam kandungan yang dapat dilihat, Kaki janin semakin panjang dan boleh menendang.ketika pemeriksaan antenatal dilakukan, anda boleh mendengar denyutan jantungnya. janin melakukan pergerakan pertama matanya dan turut memberi tindak balas kepada bunyi walaupun telinganya belum terbentuk sepenuhnya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETUJUH BELAS (17)
-Saiz janin pada masa ini sebesar avakado iaitu beratnya 170 g dan lemak mula menyaluti kulit bawahnya. janin boleh menghisap dan menelan . Matanya kini sudah diakhir pemebentukan. Janin sudah berupaya mengerdipkan matanya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELAPAN BELAS (18)
-Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini, berat janin adalah sekitar 225g. Janin mulai pandai membuat bunyi-bunyian. Janin juga akan menutupkan telinganya jika terdengar bunyi membingitkan.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEMBILAN BELAS (19)
-Kulit janin dilindungi dengan bahan melekit putih yang dikenali verniks daripada air ketuban. Janin mula berlatih menggerakkan tubuhnya seperti berguling dan melentik ke belakang. janin juga suka menggerakkan mata, menendang dan menumbuk.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH (20)
-Perkembangan janin dalam kandungan yang kita dapat lihat ialah jika bayi anda perempuan, rahimnya sudah terbentuk. Sistem saraf dan otaknya kini suda matang bagi membolehkan dia menggerakan otaknya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH SATU (21)
-Perkembangan janin dalam kandunga yang kita dapat lihat, saiz janin sebesar buah pisang yang besar. Lemak berterusan berkumpul dan tulang-tulang serta otot-ototnya semakin hari semakin kuat. Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini agak perlahan tetapi jantungnya semakin kuat.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH DUA (22)
-Perkembangan janin dalam kanndunga pada masa ini kelihatan berkembang dengan sempurna. Tulang dalam bahagian telinga semakin keras, maka pendengarannya semakin jelas.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH TIGA (23)
-Tulang telinga janin pada masa ini sudah mengeras dan lanugo di kulitnya semakin menipis dan bewarna kegelapan. Apabila anda melakukan persetubuhan, bayi akan menyedarinya dan kadar denyutan jantungnya akan naik atau turun mendadak. Tetapi hal ini tidak memudaratkan janin.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH EMPAT (24)
-Perkembangan janin dalam kandungan, pada masa ini, ialah janin mulai bertindak balas dengan suara anda.Rangsangan baik untuk perkembangan otaknya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH LIMA (25)
-Salur darah dalam paru-paru janin mula berkembang dan lubang hidungnya mula terbuka. Perkembangan dari segi tulang juga dapat dilihat, tulangnya semakin kuat. Struktur telinganya sudah sempurna.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH ENAM (26)
-paru-paru Janin mula menghasilkan bahan yang dikenali sebagai surtactant yang mebolehkannya bernafas dengan baik, warna mata janin bergantung kepada warna latar belakang etniknya

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE DUA PULUH TUJUH (27)
-Janin pada masa ini seberat 907 g dan panjangnya 14 inci, Janin kelihatan seperti bayi yang sudah lengkap anggota badanya tetapi dalam bentuk yang kecil dan kurus. Otak dan paru-parunya brekembang pesat, janin sangat suka menghisap jarinya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINNGU KE DUA PULUH LAPAN (28)
-Mata, bulu mata dan keningnya kini terbentuk sempurna.

* Semoga die terus membesar dengan keadaan yang sempurna.. AMIN...

Apa itu kayap?? dan Petua dan Cara Mengubatinya

CUMA BERKONGSI APA YANG DI BACA.... SETELAH MY MUM MIL..TERKENA SAKIT INI....
24 MAC 2013 AHAD...G UMAH MAK....SAJA BERHUJUNG MINGGU N MAKAN TENGAHARI DI SANA...BELI LAUK N TERUS KE SANA...
TERKEJUT BILA SAMPAI JE..MAK CAKAP MAK X SIHAT THEN TUNJUK SAKITNYA...

KAYAP ULAR..... SIAN NAMPAK MAK... SAKIT..TERASA PANAS...PTG BARU BALIK RUMAH N CARI INFO N KABOKAN PADA KAK ZUE..KAKAKKU YG SULONG...

NI INFO YG DAPAT:

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.



Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.

Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Jenis-jenis kayap.
Selain kayap ular,
Kayap api2
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)

Simtom-simptom bila terkena penyakit ini? Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Contoh kayap ular menyerang dibelakang badan


Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Bagaimana mengubatinya??

Petua 1.

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2.

Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
 
Petua 4. (Untuk kayap setompok).

Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5.

Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6.

Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
 
Petua 8.

Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
 
Petua ke 9.

1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.
 
Pantang larang ketika sakit ini.

1.Jangan makan makanan berminyak.
2.Buah tempatan tak boleh makan.
3.Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
4.Tak boleh kena sabun.
5.Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
6.Tak boleh makan makann yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)

HARI LAHIRKU TIBA DI HARI JUMAAT YANG MULIA

15 MAC 2013 : JUMAAT

SYUKUR DENGAN SEGALA KURNIAANMU YA ALLAH...
BERKATILAH USIAKU DI SEPANJANG USIAKU INI DAN SISA UMURKU NANTI YA ALLAH..

PALING BEST SKALI...KALI NI... 02.MAC.2013 AHAD....SAYANG DAH BELIKAN HADIAH UNTUK KU...SEMPENA BESDAYKU...... CE TEKA APA DIA....????

MEMANG YANG AKU NAK...... THANKS SAYANG......
"SAMSUNG GALAXY S III MINI"

COVER PINK...... SYOKNYA.....
LOVE YOU SAYANG....
NANTI UPLOAD PICTURENYA EKK.....

Terima kasih... pada semua yg layarkan ucapan di wall fb ku yg x seberapanya ini... doa kalian penguat jiwa dan semangatku.. syukur dgn segala rahmat dan kurniaan dariNya..kebahagiaan dan ketenangan.. Love forever... semoga Allah berkati dah rahmatiku di sepanjang usiaku..dri dilahirkan hingga hari ini...dan hari ini hingga diriku bertemu denganNya nanti..terima kasih ayahbonda kerna lahirkan ku ke dunia... terima kasih suamiku kerna menyayangiku n membimbingku...terima kasih anak2ku kerana melengkapiku...terima kasih bff dan sahabat2..serta student ..yg menyayangiku..mummy...bonda...mama... 
::: TERIMA KASIH ATAS DOA KALIAN.

 SAMBUT BESDAY KAT UMAH MAK AYAH....KAT KEDAH...
POTONG KEK NGAN SARA MERANGKAP POTONG KEK BESDAY SARA JUGAK....COZ BULAN 12 RITU X BELI KEK...JUST MKN KFC NGAN PAPA BELANJA TUTTI FRUITY JA....
LOVE YOU...


SERONOK SANGAT,,....SEMUA ADA KECUALI CHIK JE.... BELI KEK KAT SELAMA PERAK N KFC BERRER KAT SERDANG...

MAKAN RAMAI2 NGAN AIR PEPSI... PERH....SYOK...MELAYAN HANA ....TASYA...QALISHA.......AYIP

MAKDAK NGAN LANG NI PUN ADA KALI NI

 2 kuntum Mawar merah dari anakandaku Iman Dhia Qhaisara dan ibu n abg sham sefamily...sempena hari lahirku...thanka manja mama n kak ina sekeluarga...huhuhu — at Taman Aman.


ilawati Love syah......qhaisara

TAWARAN HARGA HEBAT...MINYAK WANGI AURALIFE

MESTI CUBA....
SEMUA PILIHAN WANGIAN RM 30.00
TERMASUK 4 WANGIAN TERBARU DAN
PILIHAN WANGIAN CELEBRITI DIJUAL DENGAN
HARGA RM 30.00 SAHAJA....
CEPAT BERJUMPA DENGAN ILA....Hey..hey...hey...
BLEH DAPAT HARGA DISKAUN!!!

4 Pilihan Wangian TERBARU...
SET TERKINI

AURA MINDA PINTAR

WANGIAN AURA GENIUS RM30.00

1) No.31 Spiritual (PUTIH)

2) No.32 Emosional (MERAH)

3) No.33 Mental (HIJAU)

4) No.34 Fizikal (BIRU)

PIL AURA MINDA PINTAR RM60.00 (40 BIJI)

MANDIAN AURA.............

ASSALAMUALAIKUM

KEPADA PENGGUNA2 KAMI ....

KEPADA BAKAL2 PENGANTIN...

SELALUNYA...BAKAL2 PENGANTIN AKAN:-

1- MANDI BUNGA
2- MANDI AURA
3- MANDI SUSU


SEKARANG ANDA TAK PERLU BELI LAGI MANDIAN AURA YG BERATUS2 .....RINGGIT
CUKUP HANYA RM30 SEBOTOL............

TAHAN BERBULAN2
5ML SAHAJA
TAPI
BERBALOI.............

CARA-CARANYA...

MANDI SEPERTI BIASA,

TITISKAN 3 TITIK DIDALAM AIR MANDIAN ANDA...
BISMILLAH,
SELAWAT KE ATAS NABI, NIAT
DAN JIRUSKAN KE BADAN ANDA...

INSYA ALLAH..
ANDA AKAN KELIHATAN TENANG DAN BERSERI2...

KEPADA YG BUKAN ISLAM JUGA BOLEH BUAT MANDIAN AURA INI..JANGAN BIMBANG YER...................

UNTUK PELAJAR ATAU ANAK2..PUN BOLEH JUGA....................

HUBUNGI SAYA JIKA ANDA ADA PERSOALAN DAN TEMPAHAN
012-4675444 @ 012-4633857
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Photo Albums at WiddlyTinks.com

KASIHKU

KaSiHKU

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com