My Hero Luth Harraz

Lilypie First Birthday tickers

MY LITTLE PRINCESS Iman Dhia Qhaisara

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Ya Allah...Hanya PadaMu kuMohon Perlindungan

Lilypie Pregnancy tickers

KESAYANGAN MAMA N PAPA


Showing posts with label INFO ICT. Show all posts
Showing posts with label INFO ICT. Show all posts

Sunday, November 3, 2013

Ukuran Kertas dalam Unit cm dan inci

penangan buat  majalah....cari info kat en.google.........

Ukuran Kertas Letter : 21,6 cm x 27,9 cm (8.5 inci × 11 inci)
Ukuran Kertas Junior Legar : 20,3 cm x 12,7 cm (8.0 inci × 5.0 inci)
Ukuran Kertas Legal : 21,6 cm x 35,6 cm (8.5 inci × 14 inci)
Ukuran Kertas Ledger : 43,2 cm x 27,9 cm (17 inci × 11 inci)
Ukuran Kertas Tabloid : 27,9 cm x 43,2 cm (11 inci × 17 inci)
Ukuran Kertas F4 : 21,5 cm x 33,0 cm (8.5 inch × 13 inch)

Ukuran Kertas A0 (Ansi E) : 84,1 cm x 118,9 cm (33.11 inci × 46.81 inci)
Ukuran Kertas A1 (Ansi D) : 59,4 cm x 84,1 cm (23.39 inci × 33.11 inci)
Ukuran Kertas A2 (Ansi C) : 42,0 cm x 59,4 cm (16.54 inci × 23.39 inci)
Ukuran Kertas A3 (Ansi B) : 29,7 cm x 42,0 cm (11.69 inci × 16.54 inci)
Ukuran Kertas A4 (Ansi A) : 21,0 cm x 29,7 cm (8.27 inci × 11.69 inci)
Ukuran Kertas A4s : 21,5 cm x 29,7 cm (8.46 inci × 11.69 inci)
Ukuran Kertas A5 : 14,8 cm x 21,0 cm (5.83 inci × 8.27 inci)
Ukuran Kertas A6 : 10,5 cm x 14,8 cm (4.13 inci × 5.83 inci)
Ukuran Kertas A7 : 7,4 cm x 10,5 cm (2.91 inci × 4.13 inci)
Ukuran Kertas A8 : 5,2 cm x 7,4 cm (2.05 inci × 2.91 inci)
Ukuran Kertas A9 : 3,7 cm x 5,2 cm (1.46 inci × 2.05 inci)
Ukuran Kertas A10 : 2,6 cm x 3,7 cm (1.02 inci × 1.46 inci)

Ukuran Kertas C0 : 91,7 cm x 129,7 cm
Ukuran Kertas C1 : 64,8 cm x 91,7 cm
Ukuran Kertas C2 : 45,8 cm x 64,8 cm
Ukuran Kertas C3 : 32,4 cm x 45,8 cm
Ukuran Kertas C4 : 22,9 cm x 32,4 cm
Ukuran Kertas C5 : 16,2 cm x 22,9 cm
Ukuran Kertas C6 : 11,4 cm x 16,2 cm
Ukuran Kertas C7 : 8,1 cm x 11,4 cm
Ukuran Kertas C8 : 5,7 cm x 8,1 cm

Ukuran Kertas B0 : 100,0 cm x 141,4 cm (39.37 inci × 55.67 inci)
Ukuran Kertas B1 : 70,7 cm x 100,0 cm (27.83 inci × 39.37 inci)
Ukuran Kertas B2 : 50,0 cm x 70,7 cm (19.69 inci × 27.83 inci)
Ukuran Kertas B3 : 35,3 cm x 50,0 cm (13.90 inci × 19.69 inci)
Ukuran Kertas B4 : 25,0 cm x 35,3 cm (9.84 inci × 13.90 inci)
Ukuran Kertas B5 : 17,6 cm x 25,0 cm (6.93 inci × 9.84 inci)
Ukuran Kertas B6 : 12,5 cm x 17,6 cm (4.92 inci × 6.93 inci)
Ukuran Kertas B7 : 8,8 cm x 12,5 cm (3.46 inci × 4.92 inci)
Ukuran Kertas B8 : 6,2 cm x 8,8 cm (2.44 inci × 3.46 inci)
Ukuran Kertas B9 : 4,4 cm x 6,2 cm (1.73 inci × 2.44 inci)
Ukuran Kertas B10 : 3,1 cm x 4,4 cm (1.22 inci × 1.73 inci)


ukuran rambut harraz ........... botaksss

Thursday, May 24, 2012

Mengejutkan Aku

Pada tarikh 21 Mei 2012..... macam biasa selepas sampai ke meja.... hidupkan air cond...hidupkan server.....
nyapu-nyapu skit,......pastu....
Buka portal PPD...untuk check data ke...maklumat baru ke......
Bila ok je semua...line internet pun ok.....
haa.... khuz takde.... anto niza ke hospital....checkup...
Buka blog sekolah.... sigma5072.blogspot.com..... x bleh buka....
nape...nape............ ade tulis kat situ....delete ape ntah...

Bermulanya...tugas baru....create semula....... blog baru....
huhuhuhu..... dari 22hb hingga 24 hb....asyik dok siapkan benda alah ni...huhuhu

::: >  smksungaimanik.blogspot.com

:: >  smksungaimanik@gmil.com

Semoga Allah permudahkan semua urusanku...Ya Allah

Saturday, January 28, 2012

Panduan pengecaman virus komputer yang tulen


Kini, teknologi maklumat (IT) atau pengkomputeran menjadi sebahagian fesyen kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Malah, perkembangan teknologinya lebih cepat berkembang berbanding industri fesyen pakaian.

Selari dengan perkembangannya, isu ancaman virus komputer juga berkembang pesat di dunia siber.

Secara realitinya berlaku satu keadaan melibatkan perisian anti virus kita mengesan dan membersihkan virus yang dikesan tetapi dalam satu jangka masa ia akan berulang kembali.

Jadi, bagaimana untuk kita pastikan adakah fail komputer tersebut adalah benar-benar virus atau ia disalah tafsir oleh perisian anti virus.

Perkara tersebut sering berlaku terutama kepada pihak yang terlibat dalam menyelenggara fasiliti IT.

Oleh demikian, disertakan beberapa langkah asas untuk kita memastikan fail komputer tersebut adalah benar-benar virus atau ia disalah tafsir oleh perisian anti virus atau pengimbas virus.

Sekiranya berlaku pengulangan infeksi virus komputer, ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengesanan semula malware yang tidak aktif yang telah dihantar kembali ke satu lokasi yang lain atau diletakkan kembali ke dalam direktori atau folder bagi System Restore.

Jadi, beberapa tindakan berikut perlu dilaksanakan seperti berikut:-

*Buang virus daripada servis System Restore.

*Buang semua fail dalam Temporary Internet Files dan Cookies.

*Kosongkan direktori bagi Internet History

Asal-Usul Datangnya Fail Tersebut

Ia boleh memberi makna yang penting dan pelbagai kerana asal-usul fail yang berisiko tinggi adalah berpunca daripada sumber-sumber berikut:-

*Sisipan fail dalam mesej e-mel.

*Fail yang dimuat turun daripada rangkaian perkongsian fail seperti BitTorrent.

*Fail yang dimuat turun secara tidak sengaja setelah mengklik sesuatu alamat sambungan dalam e-mel, web atau Instant Messenger.

Tahap Keperluan Fail Tersebut

Adakah fail tersebut anda mahu, perlu atau dijangka untuk dapatkannya? Ia penting kerana apa sahaja fail yang anda dapat secara tidak sengaja dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan ia bersifat pengacau.

Sekiranya fail tersebut anda muat turun secara tidak sengaja dan ia tidak diperlukan, buang sahaja ia secara kekal

Pemilihan terhadap apa yang boleh dilarikan dalam sistem adalah penting dalam meminimumkan risiko berlakunya infeksi virus ini.

Namun begitu, sekiranya fail tersebut anda perlukan tetapi ia dicam sebagai virus oleh perisian anti virus. Maka, langkah seterusnya perlu diambil dengan membuat pengimbasan semula dengan perisian yang lain.

Pengimbasan Semula

Pengimbasan semula fail tersebut dengan perisian anti virus yang lain perlu dibuat. Lebih banyak perisian yang digunakan ia lebih baik.

Ia juga boleh dilakukan secara atas talian dengan menggunakan lebih daripada satu jenis pengimbas. Seperti laman web VirusTotal, ia akan mengimbas fail tersebut dengan lebih daripada 30 jenis pengimbas. Alamatnya, http://www.virustotal.com.

Hasilnya kita boleh buat penilaian dengan andaian sekiranya kebanyakkan perisian pengimbas mengatakan itu virus. Maka, kita terima kenyataan itu.

Sekiranya, sebalik pula yang berlaku, fail tersebut berkemungkinan adalah virus yang belum dikemaskini oleh kebanyakkan perisian pengimbas atau berlaku positif palsu dalam pengimbasan iaitu fail tersebut bukannya virus.

Penelitian Fail Secara Format MD5

Fail boleh dinamakan dengan pelbagai penipuan tetapi dengan format MD5 Checksum amat jarang dibuat penipuan.

MD5 merupakan satu kaedah penyembunyian data secara kriptografi yang unik untuk sesebuah fail komputer.

Terdapat beberapa perisian atau sistem yang boleh digunakan untuk dapatkan format MD5 bagi sesebuah fail seperti menerusi laman web Virustotal atau utiliti percuma, Elgorithm di http://www.elgorithms.com.

Setelah mendapatkan fail tersebut secara format MD5, letakkan ia ke mana-mana enjin carian yang biasa kita gunakan dan lihat hasilnya.

Pengecaman Tingkah Laku Fail

Sekiranya semua langkah-langkah yang sebelumnya sudah diambil dan anda masih merasa tidak puas hati, maka, langkah yang terakhir ini boleh dibuat iaitu dengan melakukan pengecaman tingkah laku fail secara atas talian untuk pastikan ia adalah benar-benar virus atau pun tidak.

Ia boleh dibuat dengan menggunakan laman web utiliti komputer seperti ThreatExpert di http://www.threatexpert.com atau CSSandbox di http://www.cwsandbox.org.

Langkah terakhir ini memerlukan seorang pakar IT dalam bidang virus atau keselamatan IT untuk melakukan pentaksiran hasilnya.

nanti baca yg len pulak

~ Bagaimana Memori Komputer Berfungsi??? ~

Info ICT yang aku baca :

Meskipun memori secara teknikalnya termasuk dalam bentuk simpanan elektronik, ia sebenarnya dikenali sebagai storan sementara yang berkelajuan tinggi. Jika CPU komputer anda kerap mengakses cakera keras (hard drive) untuk menerima setiap salinan data yang diperlukan, ia akan menyebabkan operasi menjadi perlahan. Apabila data disimpan di dalam ingatan memori, CPU boleh mengakses data dengan cepat. Kebanyakan bentuk memori disasarkan untuk menyimpan data secara sementara sahaja (temporary).

Cara memori berfungsi
CPU boleh mengakses memori mengikut hirarki yang berbeza. Sama ada ia datang dari bentuk storan kekal (cakera keras) atau masukan (seperti papan kekunci), kebanyakan data akan menuju ke RAM terlebih dahulu. CPU kemudiannya akan menyimpan setiap data yang diperlukan untuk diakses ke dalam cache dan mengendalikan arahan (instruction) tertentu di dalam pendaftar (register). Kita akan bicara tentang ini kemudian.

Semua komponen komputer anda seperti CPU, cakera keras dan sistem operasi (OS), bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan, dan memori ialah satu daripada bahagian terpenting di dalam pasukan ini. Sebaik sahaja anda menghidupkan komputer sehinggalah saat komputer anda dimatikan, CPU sentiasa menggunakan memori. Mari kita lihat senario ini untuk dijadikan sebagai contoh:

Komputer akan memuatkan (load) data dari ROM BIOS dan melaksanakan POST untuk memastikan semua komponen berfungsi dengan baik. Semasa pemeriksaan ini dijalankan, pengawal memori (memory controller) akan memeriksa semua alamat memori dengan melakukan operasi baca dan tulis (read/write) untuk memastikan tiada ralat di dalam cip memori. Baca dan tulis bermaksud data yang ditulis dengan bit dan membaca semula bit tersebut.

Komputer kemudiannya memuatkan (load) sistem operasi dari cakera keras ke dalam sistem RAM. Umumnya, bahagian kritikal yang terdapat dalam OS akan diselenggara di dalam RAM selama mana komputer masih dihidupkan. Ini membolehkan CPU untuk mendapat akses serta merta ke sistem operasi, di mana akan menambahkan performance keseluruhan sistem.

Apabila anda menjalankan sesuatu aplikasi, ia akan dimuatkan ke dalam RAM. Untuk memelihara penggunaan RAM, kebanyakan aplikasi memuatkan hanya sebahagian kecil program yang diperlukan dan kemudiannya akan memuatkan kod yang lain jika diperlukan.

Selepas aplikasi selesai dimuatkan, apa-apa fail yang dibuka akan dimasukkan ke dalam RAM. Apabila anda menyimpan fail dan menutup aplikasi tersebut, fail itu akan ditulis ke dalam storan, sementara aplikasi tersebut akan disingkirkan dari RAM.

Seperti yang dinyatakan di atas, setiap sesuatu yang dimuatkan atau dibuka, akan dimasukkan ke dalam RAM. Ini bertujuan supaya CPU senang untuk mengakses dan memproses sesuatu maklumat. CPU akan membuat permintaan data yang diperlukan dari RAM, membuat proses dengan menulis data kembali ke RAM secara berterusan (tanpa henti).


t baca lagi....pasai len pulak

Thursday, October 20, 2011

INFO MENGENAI PHONE

RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Friday, September 4, 2009

Tip berguna untuk pengguna laptop



1- Bateri

Apabila menggunakan adapter atau charger bateri hendaklah dikeluarkan agar ia tidak terlebih caj.ini adalah untuk memastikan bateri itu bertahan lebih lama...Pastikan juga caj yang masih tersimpan dalam bateri itu lebih kurang 40%. Kalau tiada langsung caj pastikan dicaj dahulu sebelum menyimpanya atau mengeluarkanya.Bateri yang disimpan tadi hendaklah digunakan sehingga habis dahulu cajnya baru buleh dicaj semula. Bateri yang tersimpan lama tanpa diguna dan dicaj semula lebih dari 3 atau 4 minggu kemungkinan akan memendekkan hayatnya.semakin kerap anda ‘recharge’ bateri, semakin kurang jangka hayatnya. Berdasarkan kepada pakar, sebuah laptop secara purata akan di’recharge’ sebanyak 500 kali dalam tempoh 3 tahun mengikut penggunaan normal atau 18 bulan untuk penggunaan yang tinggi.



2- Skrin (LCD)

Skrin laptop sama juga dengan skrin LCD. Jangan sesekali menekan dengan kuat pada permukaan skrin kerana ia akan merosakan skrin itu dan bahagian terkena tekanan itu akan menjadi hitam. Berhati-hati semasa mengangkat skrin agar tidak memegang secara langsung pada skrinJangka hayat skrin secara purata adalah selama 60 ribu jam atau bersamaan 7 tahun jika di on selama 24 jam tanpa henti...3- Guna Cooling PadAdalah disyorkan mengunakan cooling pad daripada meletakan laptop atas meja atau tilam. ini adalah untuk mengurang kepanasan laptop.Cooling pad bertindak mengalirkan haba secara lebih cekap kerana ia mempunyai kipas untuk menyejukan laptop. Laptop yang digunakan secara berterusan pasti akan lebih panas dah kepanas yang melampau boleh menyebabkn pekakas dalaman rosak.


3- Guna Cooling Pad

Adalah disyorkan mengunakan cooling pad daripada meletakan laptop atas meja atau tilam. ini adalah untuk mengurang kepanasan laptop.Cooling pad bertindak mengalirkan haba secara lebih cekap kerana ia mempunyai kipas untuk menyejukan laptop. Laptop yang digunakan secara berterusan pasti akan lebih panas dah kepanas yang melampau boleh menyebabkn pekakas dalaman rosak.

Thursday, June 25, 2009

3 Perisian Mengembalikan Fail Yang Terpadam

Di dalam artikel yang lepas, Kemana Fail Hilang Setelah Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ? , dimana artikel ini menerangkan tentang fail anda disimpan setelah dipadam. dan fail ini juga dapat dikembalikan seperti asal sekiranya anda terpadam dengan tidak sengaja dengan menggunakan perisian - perisian tertentu. Disini ada 3 perisian yang dapat membantu anda untuk mengembalikan fail anda kembali.


1. Recuva

Recuva sebenarnya singkatan bagi “recover” dimana ia satu perisian percuma yang dibangunkan oleh Priform. Ia boleh dgunakan pada Windows Vista, XP, 2003, 2000 dan 98. Perisian recuva iini bukan saja dapat mengembalikan fail pada cakera keras malah ia juga dapat mengembalikan data yang terpadam dari flash/USB drive, kad memori atau pemain mp3.
Anda boleh mencari mengikut jenis – jenis data seperti gambar, audio atau dokumen. Ia merangkumi semua jenis fail termasuk mp3, wma, wmv, rtf, url, doc,xls, ppt, vsd, tiff, jpg and png.Ia juga boleh dicuba dengan kaedah carian cepat [ fast scan ] atau carian mendalam [ deep scan ] . Dengan kaedah carian mendalam fail akan dicari dengan meluas. Klik
disini untuk memuat turun perisian ini.


2. PC Inspector
File Recovery

PC Inspector File Recovery juga sejenis perisian mengembalikan data. Ia digunakan untuk sistem fail FAT 12/16/32 dan NTFS. Pada sistem fail FAT, perisian ini akan mencari pembahagi [ partitions ] secara sendiri, samada boot sector atau FAT itu sudah dipadam atau rosak.
Sorang pembaca blog ini telah mencuba perisian ini, anda boleh membaca komen nya di
sini. Untuk memuat turun klik di sini.

3. File Recovery Professional


File Recovery Professional boleh mengimbas dan mencari partition yang hilang, boot sectors dan komponen sistem fail. Ia juga boleh mengesan drives yang tidak kelihatan pada Explorer. Antaramuka perisian ini senang digunakan dan ia dibangunkan untuk mencari fail dengan lebih mudah.
File Recovery Pro ini boleh mengembalikan data dari
Partitions yang hilang atau terpadam
Pemasangan [ Installations ] mempunyai masalah.
Fail yang diserang virus yang dipadam
Muat turun perisian :
File Recovery ® Professional

perkongsian ilmu dari Bob

Kemana Fail Hilang Setelah Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ?




Bagaimana hendak mendapatkan kembali fail selepas fail dipadam dan setelah mengkosongkan tong sampah [ recycle bin ]. Mungkin anda juga pernah terpikir untuk mengembalikan fail kerja yang terpadam secara sengaja atau tak sengaja. Kebanyakkan pengguna komputer beranggapan, memadam fail bermakna fail itu hilang atau fail itu tidak akan dipaparkan lagi. Anggapan anda itu mungkin salah..
Secara teknikalnya, fail yang anda delete tidak pergi kemana – mana pun. Ia masih lagi berada di dalam komputer anda. Didalam cakera keras [ hard disk ] anda mempunyai satu fungsi yang dipanggil FAT [ File Allocation Table ] dimana ia ditugaskan mengatur fail – fail atau data – data didalam komputer anda. FAT ini ditugaskan menyusun fail pada hard disk dan juga ia juga mengandungi senarai isi kandungan bagi fail yang terdapat pada hard disk anda.
Apabila anda memadam sebuah fail, ia tidak bermakna data terus hilang. Sebenarnya fail yang dipadam tadi hanyalah dipadam daripada isi kandungan sahaja cuma ia tidak dapat diakses. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila fail dipadam, Windows akan mengenal pasti ruang fail yang dipadam tadi tersedia untuk kemasukkan fail / data atau maklumat baru. Fail yang dipadam tadi akan bertahan sehinggalah fail / data baru ditulis pada ruang yang sama dengan fail lama yang telah dipadam.
Contohnya saya bagi gambaran…Sebuah buku, apabila anda padam BAB 1 pada isi kandungan, anda masih lagi dapat mencari dimana muka surat BAB 1, tetapi dengan cara susah menyelak setiap helaian muka surat. Apabila anda padam BAB 1, dan anda gantikan BAB 2 pastlah BAB 1 tu akan hilang dan anda tidak akan jumpa mukasurat BAB 1 tu kerana telah digantikan dengan BAB 2.
Berbalik pada fail dalam komputer, apabila anda terpadam fail, tidak mustahil untuk anda mendapatkannya kembali dengan menggunakan perisian – perisian yang boleh mengembalikan fail itu tersebut. Tetapi ia bergantung kepada berapa lama fail anda itu berada dalam hard disk. Sekiranya anda terpadam fail, kemudian anda telah mencipta satu fail baru, kebarangkalian untuk anda mendapatkan fail itu yang lama itu agak tipis kerana ruang yang lama adalah untuk fail yang baru. Tetapi kalau hard disk anda tersedia banyak ruang untuk fail baru, anda mungkin dapat mengembalikan fail yang terpadam tadi.

try guna:
---> pc inspector
perkongsian ilmu dari Bob

Wednesday, June 24, 2009

Cara untuk membuang cookies yang melembabkan komputer

Sekali baca macam biskut yang kita boleh makan, tapi sebenarnya ia adalah kod2 yang muncul dalam kompie semasa kita melayari internet atau melakukan lain2 aktiviti pengkomputeran. Tujuannya adalah untuk memudahkan kompie mengingat semula apa jua aktiviti yang telah kita buat sebelum ini. Perkataan ringkasnya kita panggil Cookies/Caches.Ada ketikanya mende ni akan mengganggu/melembabkan sistem kompie jika ia disimpan terlalu lama. Lebih lama disimpan, akan lebih lembab la kompie kita...Satu cara utk mengatasi masalah ini ialah dengan membuang cookies/caches ni. Rasa2 ramai yg tak pernah buat mende ni kan, ini bermakna cookies/caches telah tersimpan sekian lama sejak mula anda guna pc anda.Mari kita sama buangkan dia.... tuka bahasa pulak la ye, artikel ni aku ambik dari portal sekolah... kita kongsikan bersama.Langkah2 di bawah ni mengikut jenis internet browser yang kita guna...

Internet Explorer

1. On Menu Bar, click "Tools"
2. Select "Internet Options"
3. Click "General"
4. Select "Browsing History" and click "Delete"
5. Click "Delete All"
Check box "Also delete files...." and clicks "Yes"
6. Click "OK" and refresh your internet browser.
7. Done.


Mozilla Firefox

1. Click "Tools"
2. Select "Clear Private Data"
3. Click "General"
Check the boxes "Browsing History", "Cookies", "Cache" and click "Authenticated Sessions"
4. Click "Clear Private Data now"
5. Click "OK" again to close the Internet Options window.
6. Refresh your internet browser.
7. Done.


Netscape Navigator 7+

1. Click "Edit"
2. Select "Preferences"
3. Click "Advanced"
4. Select "Cache"
5. Click on "Clear Cache"
6. Click "OK"
7. Done.

Selalu2 lah lakukan ini ke atas kompie anda sekurang2nya sebulan sekali mengikut kekerapan penggunaan kompie anda. Kalau kompie masih lembab jugak... hehe, belilah kompie baru! Ops... ada cara lain... nantikan!

Tuesday, June 23, 2009

CARA MEMBUAT E-MAIL DI YAHOO! MAIL

Cara Membuat E-mail di Yahoo

Yahoo! Mail adalah salah satu penyedia e-mail terbaik tertua di laman web. Anda memutuskan untuk memiliki alamat email di yahoo seperti namaanda@yahoo.com? berikut caranya :

Cara Membuat E-mail di Yahoo! Mail
1. Akses alamat
http://mail.yahoo.com
2. Klik link
Sign Up di bawah tulisan Don’t have a Yahoo! ID?
3. Isi identiti diri anda dengan lengkap:Klik identiti diri anda di Tell us about yourself.
4. Di Select an ID and password, klikkan alamat email yang anda inginkan lalu cek ketersediaannya (availability) lalu klikkan password yang anda inginkan dua kali di dua kolum berbeza yang tersedia.Di In case you forget your ID or password…, ketikkan alternate email (alamat email lain yang anda miliki. kosongkan saja jika anda tidak punya, lalu pilih security question -pertanyaan keamanan- yang anda suka dan isi jawabannya. Pertanyaan ini akan dipakai ketika anda lupa password account anda.Di couple more details, lihat gambar captcha dan klikkan apa yang di tampilkan oleh gambar tersebut. Captcha adalah sistem untuk memastikan bahawa yang mendaftar adalah manusia.
5. Sudah beres? Klik Create My Account
6. Setelah klik Create My Account, anda akan di bawa ke halaman Congratulations! yang isinya menyatakan bahawa proses pembuatan email anda berhasil. Jika anda tidak dibawa ke halaman congratulations, bererti proses pembuatan email anda gagal. Cek kembali informasi yang anda inputkan. Biasanya ada masalah disitu.
7. Sekarang, klik Continue yang berada di bawah tulisan Ready to experience Yahoo!? - Anda akan di bawa ke halaman utama Yahoo.com dalam keadaan sudah signed in. Sekarang, klik link Mail di bahagian sebelah kanan layar.
8. Yes! anda sudah masuk ke account Yahoo! Mail anda. Karana ini saat pertama anda masuk ke account yahoo! mail anda, satu pop-up yang bertujuan menunjukkan fiture-fiture Yahoo! Mail muncul. Klik Continue.
9. Lalu Next
10. Klik Next lagi.
11. Lalu Klik Next lagi.
12. Sekarang, Klik Get Started.
13. Voila! Anda sudah masuk ke account Yahoo! Mail anda sekarang. Anda boleh mengirim email dengan meng-klik tombol New.
14. Yeah, panduan ini membuat email ini selesai. Ingat untuk selalu menekan link Sign Out di bahagian atas jika anda hendak meninggalkan halaman ini.


ilawati Love syah......qhaisara

TAWARAN HARGA HEBAT...MINYAK WANGI AURALIFE

MESTI CUBA....
SEMUA PILIHAN WANGIAN RM 30.00
TERMASUK 4 WANGIAN TERBARU DAN
PILIHAN WANGIAN CELEBRITI DIJUAL DENGAN
HARGA RM 30.00 SAHAJA....
CEPAT BERJUMPA DENGAN ILA....Hey..hey...hey...
BLEH DAPAT HARGA DISKAUN!!!

4 Pilihan Wangian TERBARU...
SET TERKINI

AURA MINDA PINTAR

WANGIAN AURA GENIUS RM30.00

1) No.31 Spiritual (PUTIH)

2) No.32 Emosional (MERAH)

3) No.33 Mental (HIJAU)

4) No.34 Fizikal (BIRU)

PIL AURA MINDA PINTAR RM60.00 (40 BIJI)

MANDIAN AURA.............

ASSALAMUALAIKUM

KEPADA PENGGUNA2 KAMI ....

KEPADA BAKAL2 PENGANTIN...

SELALUNYA...BAKAL2 PENGANTIN AKAN:-

1- MANDI BUNGA
2- MANDI AURA
3- MANDI SUSU


SEKARANG ANDA TAK PERLU BELI LAGI MANDIAN AURA YG BERATUS2 .....RINGGIT
CUKUP HANYA RM30 SEBOTOL............

TAHAN BERBULAN2
5ML SAHAJA
TAPI
BERBALOI.............

CARA-CARANYA...

MANDI SEPERTI BIASA,

TITISKAN 3 TITIK DIDALAM AIR MANDIAN ANDA...
BISMILLAH,
SELAWAT KE ATAS NABI, NIAT
DAN JIRUSKAN KE BADAN ANDA...

INSYA ALLAH..
ANDA AKAN KELIHATAN TENANG DAN BERSERI2...

KEPADA YG BUKAN ISLAM JUGA BOLEH BUAT MANDIAN AURA INI..JANGAN BIMBANG YER...................

UNTUK PELAJAR ATAU ANAK2..PUN BOLEH JUGA....................

HUBUNGI SAYA JIKA ANDA ADA PERSOALAN DAN TEMPAHAN
012-4675444 @ 012-4633857
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Photo Albums at WiddlyTinks.com

KASIHKU

KaSiHKU

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com