Tip Memilih Wangian Serasi Dengan Diri..
Setiap orang mempunyai pewangi kegemaran tetapi adakah pewangi kegemaran itu dipilih kerana baunya atau anda rasa itulah bau terbaik untuk anda?..Wangian yang dapat membangkitkan personalti diri bukan semata-mata mengikut kegemaran anda. Ia lebih daripada itu. Wangian haruslah yang dapat menyerlahkan personalti, keghairahan dan cirri-ciri seseorang. Ia juga boleh jadi sesuatu yang menenagkan dan membangkitkan sensasi pemakai.....
Tip..
1.Pastikan anda mencuba wangian selama sehari sebelum membeli. Ini kerana bauan itu boleh berubah mengikut peredaran waktu.
2.Jangan membeli pewangi berdasarkan bauan yang dipakai oleh teman anda. Hal ini kerana kimia dalam tubuh setiap orang berbeza.
3.Semburan pewangi akan tahan lebih lama pada kulit berminyak, manakala kulit kering perlu menyemburnya dua kali.
4.Perubahan dramatik pada diet anda juga menyebabkan bau wangian menjadi berbeza.
5.Kebanyakan kaunter minyak minyak wangi mempunyai serbuk kopi. Selepas menyembur pewangi, hidu serbuk kopi untuk menghilangkan bau sebelumnya.
5.Membeli minyak wangi pilihan dengan harga yang paling berpatutan.
6.Jauhkan minyak wangi daripada sinar matahari dan kepanasan. Sinar matahari dan kepanasan dan mengubah bau minyak wangi anda....
Langkah Memilih Pewangi..
1 Kenali pewangi yang sesuai
Jika anda tidak dapat tahan dengan bauan bunga-bungaan, anda mungkin tidak dapat memilih pewangi jenis ini. Senaraikan pewangi yang anda suka.
Tidak salah jika memilih pewangi yang baunya jarang menjadi pilihan.
2 Ketahui kategori wangian
Antaranya bauan segar seperti sitrus dan alami. Bau alami seperti kayu dan bunga seperti ros dan jasmine dan oriental seperti rempah ratus dan vanilla.
3 Menghidu
Jika anda telah ketahui wangian serasi tubuh, langsung ke kaunter pembelian. Jangan malu untuk bertanya pada jurujual mengenai wangian pilihan anda itu. Jika sudah ditemui terus tanyakan contoh pewangi yang boleh anda miliki.
4 Senaraikan pewangi yang diingini
Sebaik sahaja tiba di rumah, anda boleh mengkaji pewangi manakah yang lebih sesuai. Jangan lupa untuk menilai sekali harga pewangi, pastikan pembelian anda berbaloi.
5 Cuba pewangi yang digemari
Amatlah penting untuk mencubanya kerana bau minyak wangi di dalam botol atau wangian yang disemburkan mungkin enak baunya. Dan sebaliknya apabila disemburkan ke kulit anda. Hal ini kerana dipengaruhi oleh kimia pada tubuh. Sukar untuk mencari sampel minyak wangi, cuba mencarinya melalui ebay.
6 Tanya pendapat kawan
Selepas menyembur wangian ke tubuh cuba Tanya pendapat teman-teman. Wangian serasi tubuh selalunya member kesegaran dan menyelesakan keadaan persekitaran. Manakala sesetengah pewangi member bau yang berbeza bergantung kepada cuaca dan kekerapan persekitaran.
7 Sertai kelab pencinta minyak wangi
Jika anda menggemari wangian yang luar biasa baunya, cuba sertai forum penggemar minyak wangi. Anda mungkin boleh mendapatkan pandangan mengenai bau pewangi dari Negara-negara lain ataupun indie perfume.
8 Semburkan pewangi dengan penuh bangga
Anda pasti berasa hebat dan penuh berkeyakinan jika dapat mencari pewangi serasi tubuh.
Friday, August 21, 2009
Fakta Minyak Wangi
Posted by ilawati at 1:56 PM 0 comments
Labels: PRODUK AURALIFE
Thursday, August 20, 2009
PERISTIWA 18 OGOS 2009
balik keje...
Manja siap ajak Papanya tengok bird...bukan slalu dapat tgok pemandangan macam ni...punya la sukanya dia...
bestnyerrrr....
memang banyak betul burung layang-layang...berkumpul...
Posted by ilawati at 3:33 PM 0 comments
Labels: CATATAN HARIAN, KISAHKU, SWEET MEMORY
Monday, August 17, 2009
Manja Dah Pandai Naik Basikal
Inilah basikalku...
Basikal yang slalu ku bawa kesana kemari round dalam rumah je...
kekadang..tertonggeng gak...
VIDEO NI X CLEAR LA...NGAN H.SET JER...SIAP GERAK2 LAGI...LUPA NK CRI CAMERA LOOO
Salam...Aktiviti hari ini ialah naik basikal..n langgar semua yang ada, termasuk papa n mama juga....ha..ha..haa..inilah yang manja buat ri ahad ni, coz mama n papa maleh nak klua, takut H1n1
Posted by ilawati at 3:52 PM 0 comments
Labels: CATATAN HARIAN, ImaN Dhia QHaiSaRa, SWEET MEMORY, VIDEO SITE
MANJA WITH BAJU PAPA BELIKAN...SEKSI LOOO
Posted by ilawati at 3:42 PM 0 comments
Labels: ImaN Dhia QHaiSaRa
Tuesday, August 11, 2009
Sarapan Pagi with Tosei at Nazari
Posted by ilawati at 8:56 AM 0 comments
Labels: CATATAN HARIAN, KISAHKU, SWEET MEMORY
Monday, August 10, 2009
Kita di uji bukan tanda ALLAH membenci
Sebenarnya bila kita di uji bukan tanda ALLAH membenci malahan ALLAH sayang kita. Pilih kita untuk hadapi ujian kerana ALLAH tau kemampuan kita menghadapinya. ..
ALLAH pilih kita untuk hapuskan dosa-dasa dan menaikkan martabat kita disisinya... tak semestinya kegagalan yg kita hadapi tanda kita gagal tapi kegagalan adalah permulaan sebuah kejayaan.
Hadapi ujian dengan redha kerana di sebaliknya menanti ganjaran yang tak kita sangka.
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .
Posted by ilawati at 10:48 AM 0 comments
Labels: PERINGATAN BUAT DIRI
Friday, August 7, 2009
H1N1 Suatu Bala Dari Allah?
Jangan lupa sebagai seorang islam gunakan senjata kita sebagai melawan virus ini iaitu doa, Selain daripada langkah berjaga-jaga. Carilah waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa moga Allah selamatkan kita daripada bala ini.
“ Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat” (Surah ar-Rum : ayat 41.)
BALA??Imam Tarmidzi ada meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “ Tidak henti-hentinya bala (bencana) yang menimpa seorang mukmin laki-laki mahupun perempuan, baik mengenai dirinya atau sanak keluarganya, atau harta kekayaannya hingga ia menghadap Allah sesudah bersih dari dosanya”.Apa yang berlaku sekarang adalah salah satu tanda bala Allah. Sebagaimana apa yang berlaku dizaman bani Israel semasa pemerintahan Nabi Musa dimana Allah menurunkan bala berbentuk belalana, katak dan darah. Bala yang diturunkan akibat dari maksiat yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.Lihatlah hari ini betapa banyaknya maksiat yang berlaku di negara kita.Betapa ramai orang yang kufur(ingkar) dengan perintah ALLAH."Wahai orang-orang yang beriman dengan Allah dan RasulNYA,dan kitab yang mana Dia telah mengirim kepada Rasul dan Kitab sebagaimana Dia telah kirim kepada orang yang terdahulu.Sesiapa yang mengingkari(megufurkan) Allah,Malaikatnya,KItab-kitab,Rasul-rasulNYA,dan hari Pengadilan,sesungguhnya mereka sesat,kesesatan yang jauh."(Surah An-Nisa';136)
Kaitan Influanza A dan azab Allah
Dalam ayat 58 surah al-Israk, Allah menegaskan bahawa bala itu diturunkan bagi penduduk yang mengingkari Allah. Bolehkah kita kaitkan dengan kemunculan pelbagai penyakit termasuk H1N1 ini dengan peringatan tersebut?Pada dasarnya, penyebab datangnya azab Allah SWT adalah kezaliman, kemaksiatan dan kefasikan.
Allah SWT telah menyatakan hal ini di beberapa ayat. Antaranya adalah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.(al-Qashash: 59).
Maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik.(al-Ahqaf: 35).
Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrim).(ad-Dukhan: 37).
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa azab Allah hanya akan dijatuhkan kepada penduduk negeri yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Dengan kata lain, azab Allah hanya akan dijatuhkan, tatkala peringatan-peringatan Allah SWT melalui dakwah Rasul-Nya telah diabaikan dan didustakan.
Jika melihat kepada ayat-ayat di atas kita tidak boleh menolak kemungkinan munculnya influenza A ini adalah akibat keingkaran manusia kepada Allah.
Ayuh,kita kembali kepada Islam,kembali kepada paksi kebenaran,jangan kita tergolong dalam golongan orang mengingkari ALLAH dan segala perintahnya.Cukup besar dan berat amanah ini..
Posted by ilawati at 2:50 PM 0 comments
Labels: PERINGATAN BUAT DIRI
Wednesday, August 5, 2009
Berkawanlah dengan 'penjual minyak wangi'
Posted by ilawati at 12:25 PM 0 comments
Labels: CATATAN HARIAN, KISAHKU, PERINGATAN BUAT DIRI
Tuesday, August 4, 2009
Kisah BOWLING TOURNAMENT 2009
Posted by ilawati at 2:10 PM 0 comments
Labels: CATATAN HARIAN, CUTI-CUTI FAMILY
Cutenya....beli dari Kak Asmah...
Posted by ilawati at 1:59 PM 0 comments
Labels: CATATAN HARIAN, ImaN Dhia QHaiSaRa, SETERUSNYA..LAIN-LAIN
Kalimah..."Laa Ilaaha IllalLah"
Posted by ilawati at 1:10 PM 0 comments
Labels: PERINGATAN BUAT DIRI
TAWARAN HARGA HEBAT...MINYAK WANGI AURALIFE
SEMUA PILIHAN WANGIAN RM 30.00
TERMASUK 4 WANGIAN TERBARU DAN
PILIHAN WANGIAN CELEBRITI DIJUAL DENGAN
HARGA RM 30.00 SAHAJA....
CEPAT BERJUMPA DENGAN ILA....Hey..hey...hey...
BLEH DAPAT HARGA DISKAUN!!!
4 Pilihan Wangian TERBARU...
SET TERKINI
AURA MINDA PINTAR
WANGIAN AURA GENIUS RM30.00
1) No.31 Spiritual (PUTIH)
2) No.32 Emosional (MERAH)
3) No.33 Mental (HIJAU)
4) No.34 Fizikal (BIRU)
PIL AURA MINDA PINTAR RM60.00 (40 BIJI)
MANDIAN AURA.............
ASSALAMUALAIKUMKEPADA PENGGUNA2 KAMI ....
KEPADA BAKAL2 PENGANTIN...
1- MANDI BUNGA
2- MANDI AURA
3- MANDI SUSU
CUKUP HANYA RM30 SEBOTOL............
TAHAN BERBULAN2
5ML SAHAJA
TAPI
BERBALOI.............
MANDI SEPERTI BIASA,
TITISKAN 3 TITIK DIDALAM AIR MANDIAN ANDA...
BISMILLAH,
SELAWAT KE ATAS NABI, NIAT
DAN JIRUSKAN KE BADAN ANDA...
INSYA ALLAH..
ANDA AKAN KELIHATAN TENANG DAN BERSERI2...
HUBUNGI SAYA JIKA ANDA ADA PERSOALAN DAN TEMPAHAN
012-4675444 @ 012-4633857