CUMA BERKONGSI APA YANG DI BACA.... SETELAH MY MUM MIL..TERKENA SAKIT INI....
24 MAC 2013 AHAD...G UMAH MAK....SAJA BERHUJUNG MINGGU N MAKAN TENGAHARI DI SANA...BELI LAUK N TERUS KE SANA...
TERKEJUT BILA SAMPAI JE..MAK CAKAP MAK X SIHAT THEN TUNJUK SAKITNYA...
KAYAP ULAR..... SIAN NAMPAK MAK... SAKIT..TERASA PANAS...PTG BARU BALIK RUMAH N CARI INFO N KABOKAN PADA KAK ZUE..KAKAKKU YG SULONG...
NI INFO YG DAPAT:
Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap
jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut
shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu
daripada kelompok virus herpes.
Lazimnya
ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke
bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada
sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di
bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal
lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit
diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi
mata.
Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan
berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf
‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini
di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit
memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan
kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.
Bagi
pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya
dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan
tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar
‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang
diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat
kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam
akan penyakit ini.
Pada hakikatnya, rawatan yang
diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun
meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah
akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis
pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun
cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.
Tujuannya
ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan
gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.
Jenis-jenis kayap.
Selain kayap ular,
Kayap api2
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)
Simtom-simptom
bila terkena penyakit ini? Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa
akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit
pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera
makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti
gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular
ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap
ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang
berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.
Contoh kayap ular menyerang dibelakang badan
Kayap
ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh
badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang.
Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian
kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan
masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam
kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf
‘rasa’.
Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok
akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai
bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam
merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan
kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan
menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak
di sekeliling tubuh.
Bagaimana mengubatinya??
Petua 1.
Gunakan
daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta
campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena
kayap.
Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
Petua 2.
Menggunakan
daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air
perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.
Petua 3.
Ubat
makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat
termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi
penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa
tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah
seminggu dah kering.
Petua 4. (Untuk kayap setompok).
Menggunakan
daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat
tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena
jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali
bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri
sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan
kembali merebak.
Petua 5.
Pucuk
daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun
mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan
dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap
tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik.
Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal,
goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
Petua 6.
Guna
jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat
simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut,
alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang
ubi.
Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
Petua 8.
Menggunakan
garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit
dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu
di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan
malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas
air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (
sunnah
rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah
penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat,
gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
Petua ke 9.
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3.
Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti
kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh
mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.
Pantang larang ketika sakit ini.
1.Jangan makan makanan berminyak.
2.Buah tempatan tak boleh makan.
3.Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
4.Tak boleh kena sabun.
5.Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
6.Tak boleh makan makann yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)